Innalilahi, lelaki ini Di jemput Ilahi Ketika Sedang Melaungkan Azan Kedua Solat Jumaat

 


Di jemput Ilahi Ketika Sedang Melaungkan Azan Kedua Solat Jumaat.

Kerap kali kita dengar berita pemergian orang yang baik-baik di bulan Ramadhan yang berkat ini. Terbaru, satu perkongsian di Facebook menjadi tumpuan netizen apabila seorang pemuda telah dijemput Ilahi ketika sedang melaungkan azan kedua Solat Jumaat.Baru pulang dari menziarahi jenazah Sdra Amirul Najmie Asrul Leonard. Siswa sem 5 Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan. Budaknya sangat baik. Kerap juga datang ke bilik saya untuk bertanya perihal pengajiannya. Sering bertugas sebagai bilal pelatih di Masjid KUIPSAS.




Kebanyakan pensyarah dan ahli jemaah Masjid KUIPSAS mengenali beliau. Perginya dalam keadaan yang sangat mulia, dalam bulan Ramadan yang mulia, pada hari Jumaat yang mulia di tempat yang mulia iaitu Masjid Sungai Panching Selatan selepas tidak sedarkan diri ketika sedang mengalunkan azan kedua Solat Jumaat tadi.


Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Malah rakan baiknya juga ada membuat perkongsian tentang pemergiannya di laman Facebook. Betapa ketiadaanya dirasai oleh semua teman baik. Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dengan cara Allah mengambilmu.


Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pada saya. Ramai orang tahu yang dia kawan rapat saya. Gambar kami yang beratus-ratus keping, selalu menjadi teman lepak saya, teman bercerita saya, kalau Ramadhan biasanya dia akan teman saya ke masjid-masjid tempat saya bertugas imam Tarawih.

0 Response to "Innalilahi, lelaki ini Di jemput Ilahi Ketika Sedang Melaungkan Azan Kedua Solat Jumaat"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel